February 3, 2010

Form 2 Bab 3

(不好意思没空翻译)

Bab 3- Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor benteng keselamatan British

1. British mahu menguasai NNMU kerana
a) Dapat dijadikan benteng untuk menghalang kemaraan kuasa Eropah lain.
b) Mahu menguasai kekayaan hasil bumi.

2. Kemunculan zaman imperialisme baru mula mencabar keunggulan British sebagai kuasa besar.
a) Perancis
- meluaskan kuasanya ke Lembah Menam Chao Phraya.
- merancang membina terusan di Segenting Kra. (mengancam perdagangan Singapura)
b) Jerman
- berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam.
c) Amerika Syarikat
- cuba bertapak di Terengganu
d) Rusia
- berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

4. Pada 6 April 1897, British menandatangani satu perjanjian sulit dengan Siam untuk menghalang Siam daripada membenarkan kuasa Eropah lain bertapak di selatan Siam.

Syarat-syarat Perjanjian Sulit 6 April 1897
- British mengiktiraf hak Siam ke atas negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
- Siam tidak akan menyerahkan negeri-negeri tersebut kepada mana-mana kuasa lain tanpa persetujuan British.
- British akan membantu Siam jika Siam diserang musuh.

5. Perjanjian Sulit 1897 gagal menghalang sultan negeri-negeri tersebut menjalinkan hubungan dengan kuasa lain.
a) 1897 - sultan Kelantan memberikan konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company [melombong emas]
b) Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.

6. 1902- British menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam untuk mengukuhkan pengaruhnya.

Antara syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Siam 1902:
a) British mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai negeri naungan Siam.
b) Siam melantik pegawai British untuk menasihati sultan
a) Kelantan- W.A. Graham
b) Kedah -Meadowe Frost
c) Perlis -H.E.Duke

c) Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.

7. 1909-Siam menyerahkan NNMU kepada British melalui Perjanjian Bangkok.

Antara syarat-syarat Perjanjian Bangkok:
a) Siam bersetuju menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan British.
b) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.
c) British menyerah Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

[Hak Wilayah Asingan~就是如果British的公民在Siam 做错事, 他们会用British 的法律处置那个人而不是Siam的法律。]

8. Kesan Perjanjian Bangkok
a) British berjaya meluaskan kuasanya ke NNMU.
b) Sungai Golok dijadikan sempada antarabangsa.
c) British 给 Siam wilayah Tabal (结果很多Tabal的人搬去Kelantan因为不要给Siam管)
d) Siam menyerahkan wilayah Reman kepada Kelantan dan Perak.

---------------------------------------------------------

1. NNMU menerima Penasihat British.
-Penasihat British akan memberikan nasihat dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. (kuasa Raja-raja Melayu tergugat)

Penasihat British di Kedah

a) Sulan Abdul Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok dan enggan menerima Penasihat British.
b) Pada tahun 1910, British melantik George Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah.
(George Maxwell做了什么事, 请参考课本pg 59)
d) Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah. Beliau menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya.

Penasihat British di Perlis

a) Raja Syed Alwi enggan menerima Penasihat British tetapi British tidak menghiraukannya dan melantik Kapten Meadowe Frost sebagai Penasihat British di Perlis.
b) Kapten Meadowe Forst mengukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang baru.
c) Beliau memperkenalkan jabatan baru seperti:
-Jabatan Hasil dan Cukai
-Mahkamah Tinggi
-Mahkamah Kadi
d) Beliau menguasai Jabatan Kewangan untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Penasihat British di Kelantan
1. Pada tahun 1910, Sultan Muhamma IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British untuk menerima Penasihat British[J.S.Mason] di Kelantan.
2. Pada tahun 1915, kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai British.
3. British juga menguasai jabatan penting seperti
-Jabatan Polis
-Mahkamah Tinggi
-Pejabat Tanah

Penasihat British di Terengganu
1. Perjanjian Bangkok 1909 ditolak oleh Sultan Zainal Abidin lll.
2. Baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan.
3. Pada tahun 1910, British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British di Terengganu. [wakil British 第二课有讲到.(Pahang的Hugh Clifford)]
4. Bidang kuasa wakil British hanya terhad dalam menguruskan hal-ehwal luar negeri Terengganu.
5. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin lll telah menggubal perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negeri Terengganu.

Sebahagian daripada kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
- Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing.
- Mustahak ke atas raja bermesyuarat
- Hak raja dan menteri besar dalam memilih Jemaah Menteri

6. Sultan Mahmud ll menjadi Sultan Terengganu apabila Sultan Zainal Abidin lll mangkat pada tahun 1918.
7. Pada tahun 1919, British mendesak Sultan Mahmud ll menandatangani perjanjian di Singapura.
8. Melalui perjanjian, British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British.
9. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.
10. Britihs berjaya menguasai negeri Terengganu apabila Penasihat British berjaya menguasai jabatan penting dalam negeri seperti:
a) Jabatan Kastam
b) Jabatan Perubatan
c) Jabatan Kerja Raya
d) Jabatan Tanah dan Galian

Pemodenan Johor melambatkan campur tangan British
1. Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir menerima Penasihat British kerana:
a) Hubungan persahabatan antara Johor dengan British
b) Kebijaksanaan pemerintah
c) Pengenalan birokrasi moden

2. Daeng Ibrahim menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman sebagai Temenggung Johor pada tahun 1825.
3. Beliau berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali.
4. Pada tahun 1855, Temenggung Ibrahim menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan Sultan Ali.

5. Persetiaan antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855:
a) Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran sultan tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda.
就是Sultan Ali 虽然是Sultan Johor 但是他的后代不能继承他的王位
b) Temenggung Ibrahim berkuasa ke atas semua wilayah Johor kecuali wilayah Kesang(Muar).
[根据我的sej老师,其实Sultan Ali 跟Temenggung Ibrahim签这个合约是因为那时很多人都支持Temenggung, 所以在这种压迫下Sultan 只好把权位让给他]

6. Temenggung Daeng Ibrahim mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri (Johor Bahru). Beliau juga memperkenalkan Sistem Kangcu.

7. Sistem Kangcu berasal daripada nama Kangcu yang bermaksud Tuan Sungai dalam bahasa Cina. (港主)
b) Orang Cina dibawa masuk dari Singapura untuk mengerjakan ladang lada hitam dan gambir.
c) Mereka diberi surat kebenaran yang dikenal sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing Sungai Johor.
d) Kawasan perladangan dikenal sebagai Kangkar yang bermaksud Kaki Sungai dalam bahasa Cina.
e) Setiap kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang berperanan memerintah dan memungut cukai.
f) Cukai daripada hasil tanaman menjadi sumber pendapatan kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar [Bapa Pemodenan Johor] 1862~1895
1. Sultan Abu Bakar 是Temenggung Daeng Ibrahim的儿子.
2. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.
3. Temenggung Abu Bakar sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi pembangunan Johor.
4. Temenggung Abu Bakar memodenkan pentadbiran Johor dengan memperkenalkan perkhidmatan mahkamah, perkhidmatan pos, dan Jabatan Kerja Raya.
b) Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda membina sekolah, hospital dan jalan raya.
c) Bagi menjamin keamanan negeri Johor, baginda menubuhkan pasukan polis dan tentera.

5. Baginda meneruskan perlaksanaan Sistem Kangcu sehingga Johor muncul sebagai antara pengeksport lada hitam dan gambir yang terbesar di dunia.
6. 1868- Sultan Abu Bakar dikurniakan gelaran Maharaja Johor oleh Ratu Great Britain.
7. 1877- Sultan Ali mangkat. Temenggung Abu Bakar menjadi pemerintah Johor.
8. Temenggung Abu Bakar menggunakan gelaran Sultan pada tahun 1855.
9. Pada tahun yang sama, baginda menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan British.

Antara syarat-syaratnya:
a) British mengiktiraf Johor sebagai negeri yang bebas dan berdaulat.
b) Sultan Abu Bakar diiktiraf sebagai sultan Johor.
c) Baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London.

10) Sultan Abu Bakar berjaya menyekat penguasaan British terhadap Johor dengan hanya menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul.
11) Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar mengisytiharkan perlembagaan negeri bertulis yang dikenal sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor:-

a) Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing.
b) Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan.
c) Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu.
d) Majlis Mesyuarat Menteri bertanggungjawab menasihati sultan dalam hal pentadbiran negeri.
e) Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang negeri Johor.

12) Keistimewaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
-perlembagaan bertulis yang pertama
-menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita

13) Sultan Abu Bakar digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Ibrahim.

Pemimpin Johor yang Berwibawa
以下是几位有功劳的领袖:

a) Dato' Jaafar bin Muhammad
i. Menjadi Setiausaha Kerajaan Johor yang pertama pada tahun 1868.
ii. Menjadi Menteri Besar Johor yang pertama (1882~1919)
iii. Digelar Datuk Bentara
iv. Mewajibkan semua surat rasmi ke pejabat kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu.
v. Mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.
vi. Mewajibkan semua pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.

b) Dato' Abdul Rahman bin Andak
i. Menjadi Setiausaha Sulit Sultan Johor pada tahun 1885.
ii. Menjadi Setiausaha Kerajaan Johor (1893~1909).
iii. Dianugerah gelaran Dato' Seri Amar Diraja
iv. Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri Johor.
v. Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor dengan British.
vi. Menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor, sebuah badan persuratan terulung di tanah air.

c) Dato' Muhammad Salleh bin Perang
i. Memegang jawatan penting dalam kerajaan Johor seperti Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah.
ii. Bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negeri Johor.
iii. Melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan.
(Ketepatan ukuran peta ini telah disahkan oleh pakar-pakar jabatan ukur di London)
iv. Hasil petanya memudahkan perancangan pembangunan kawasan Muar, Endau, Segamat, Tangkak, dan Batu Pahat.
v. Dianugerahi gelaran Dato' Bentara Luar.

d) Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi
i. Menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883.
ii. Mendirikan banyak sekolah di seluruh negeri Johor.
iii. Mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat Johor.
iv. Dianugerahi gelaran Dato' Bentara Dalam.
v. Juga digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor.
vi. Dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893.

Dato' Jaafar bin Mohammad 和 Dato' Abdul Rahman bin Andak 的共同点
=menjadi Setiausaha kerajaan Johor.

1. British mahu menguasai Johor kerana bimbang Johor akan dikuasai oleh kuasa Eropah yang lain.
2.British mengukuhkan pengaruh dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Johor.
3. Lembaga Penasihat Johor menasihati sultan Johor supaya meminjam 200,000 dolar daripada NNS untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Ini merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor tetapi tindakan tersebut telah dikesan oleh Dato' Abdul Rahman Andak.
4. Dato' Abdul Rahman bin Andak就劝sultan不要听British的话. 于是John Anderson mencadangkan agar Dato' Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London.
5. Berikutan desakan dan tekanan daripada British, Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang-undang Tubuh kerajaan Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
6. Pada tahun 1914, British berjaya melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor.

现在:
NNMTB - Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
NNMB - Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang
NNS - Melaka, Pulau Pinang, Singapura.

14 comments:

  1. 真的很希望你能highlight和翻译. :/

    ReplyDelete
  2. 没有翻译看不懂~

    哈哈!!

    ReplyDelete
  3. 我需要记penasihat british 的名字么?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Johor 是 (NNMTB) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
      NNMTB->包括〉Kedah ,Terengganu,Kelantan, Perlis,Johor
      它们是NNMTB,因为它们不是NNMB。。。所以加‘tidak’

      Delete
  5. 我看到一个严重的错误,不要 无视我 !
    3.3.2 sult abubakar"bapa pemodenan johor
    8&9 --的年份是1885...不是1855

    ReplyDelete