January 23, 2010

Form 1 Bab 9

Warisan Kesultanan Melayu

Sistem pemerintahan = cara pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan.

Struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu

这个统治struktur可以让 pelaksanaan arahan pemerintah 更有效.

1. Ciri-ciri pentadbiran di peringkat negeri
a) Sultan最大
b) Sultan dibantu oleh kaum kerabat diraja dan para pembesar
c) Sultan melambangkan kedaulatan negeri.

2. Kedaulatan sultan dapat dilihatkan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.

3. Raja atau sultan yang berdaulat memiliki
-kesempurnaan
-kebolehan
-keistimewaan
dalam pentadbiran kerajaannya.

4. Kedaulatan dapat menjamin:
- Keamanan
- Kesetiaan
- Sokongan rakyat

5. Unsur-unsur penting yang memperkukuhkan daulat seseorang raja atau sultan:
a) Kecemerlangan
b) Keunggulan peribadi
c) Kepahlawanan raja menentang musuh

6. Cara-cara konsep daulat diperkukuhkan:
a) Alat-alat kebesaran
i. Cap mohor, tengkolok atau destar, keris, pedang, lembing, payung kuning etc.
ii. Cap mohor diraja digunakan untuk mengesahkan arahan/menjadi lambang surat rasmi kerajaan.

b) Warna kuning
-digunakan sebagai hiasan pada sapu tangan, tepi tabir, ulasan bantal besar, dan tilam.
(国王的孩子用payung kuning, 国王自己用payung putih)

c) Nobat
i. Alat-alat muzik nobat terdiri daripada
- Semambu(ketua nobat用的)
- Gong
- Nafiri
- Serunai
- Dua gendang besar [Nakara]
- Dua gendang kecil [Tabal]
ii. Nobat dimainkan semasa:
- Upacara pertabalan* raja
- Kemangkatan* raja
- Keberangkatan* raja ke balairung seri

d) Bahasa Dalam

Bahasa istana. 只有sultan可以用.

e) Segala titah perintah raja mestilah dipatuhi.
i. 没有遵从国王的命令就是menderhaka.
ii.谁derhaka就会ditimpa tulah
[tulah=bencana yang menimpa individu, masyarakat atau negara]

7. Pembesar di peringkat negeri的工作:
a) Membantu melaksanakan perintah sultan.
b) Mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu.

8. Jajahan/daerah 的 pembesar 是sultan通过给 surat tauliah 直接选出来的.
a) Pembesar pada peringkat daerah的工作:
- menjaga dan mengekalkan keamanan
- mempertahankan kedaulatan negeri
- menyerahkan sebahagian hasil cukai kepada kerajaan
- Menyediakan tenaga kerja

9. Ketua kampung (也叫penggawa/penghulu)的工作:
- Memungut cukai
- Membekalkan tenaga tentera
- Mengekalkan taat setia masyarakat kampung
- Menjadi perantara antara pembesar dengan rakyat.

10. 其他参与政治的人有:
a) Golongan agama
-Kumpulan cerdik pandai Islam yang berjawatan seperti penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri.
-berdakwah, mengendalikan pengajian agama, dan menghasilkan karya agama.
-Di peringkat kampung, ahli agama menjadi
-imam,
-khatib,
-bilal
-juru nikah.

b) Ahli magis
-Terdiri daripada bomoh dan pawang.
-Mahir dalam bidang perubatan.
-会医病

Sistem pemerintahan dan pentadbiran Negeri Sembilan
1) Negeri sembilan negeri yang unik kerana sistem pemerintahan dan pentadbirannya berasaskan Adat Perpatih.
[其他的州都是Adat Temenggung]

Adat Temenggung dan Adat Perpatih
- Kedua-dua adat ini berasal dari Sumatera, Indonesia.
- Adat-adat ini terbentuk apabila seorang pembesar membahagikan kawasan pentadbiran kepada dua orang anaknya iaitu Datuk Perpatih dan Datuk Ketemenggungan.
- Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah Palembang.
- Adat Temenggung kini diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Negeri Sembilan dan Naning.

Struktur pentadbiran Negeri Sembilan

1)Yamtuan besar 的工作跟其他州的王一样

2)Undang= ketua segala luak atau luhak
i. Empak luak yang diperintah oleh Undang = Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.
ii. Undang 选 Yamtuan Besar.

3)Lembaga ialah ketua suku atau waris.
Lembaga的工作:
-选 Undang
-menjaga keselamatan dan keamanan
-menyelesaikan pertelingkahan antara suku
-mengendalikan pembahagian harta pusaka
-menjadi orang perantaraan masyarakat suku dengan Undang.

4. Buapak = ketua Perut.
i. Setiap anggota Perut merupakan anak buah.
ii. Buapak menjadi tempat rujukan soal yang berkaitan dengan adat dan hukum.

5. Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih dilakukan mengikut prinsip demokrasi.

6. (废的) Alat-alat kebesaran diraja Negeri Sembilan:
-16 kaki payung kuning
-16 bilah pedang
-16 bilah keris panjang
-16 batang tombak benderang
-8 buah tepak sirih
-8 buah tempat abu
-8 batang tiang lilin
-4 tunggul [panji-panji] yang berwarna kuning
-2 tunggul [panji-panji] yang berwarna merah
-2 tunggul [panji-panji] yang berwarna hitam.

Sistem Perundangan Kerajaan Melayu

Undang- undang adat
-undang-undang tidak bertulis yang berdasarkan amalan kebiasaan dalam masyarakat
-dihafal secara turun-temurun dan menjadi peraturan yang mesti dipatuhi.

Adat Temenggung:
- Sistem pemerintahan bercorak autokratik [独裁,专制]
- Kuasa tertinggi terletak di tangan sultan.
- Sultan menjadi ketua pentadbir, ketua agama dan menjadi simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat [总之就是国王最大]
- Sistem kekeluargaan berasaskan hukum syarak[某种回教条规]
- Anak lelaki diberi keutamaan kerana mereka menjadi ketua keluarga.[重男轻女]
- Nasab bapa diutamakan.
- Perkahwinan dilakukan mengikut hukum syarak.
- Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. [儿子继承更多财产]
- Hukuman keras bertujuan memberi pengajaran [重刑, 例如偷东西手就被砍掉]

Adat Perpatih:
- Sistem pemerintahan berdasarkan konsep demokrasi dan pemuafakatan.
- Setiap suku mempunyai wakil dalam pemerintahan.
- Yamtuan Besar sentiasa berunding dengan Undang untuk membuat keputusan[国王作决定前会先跟其他人讨论]
- Setiap ahli suku dianggap bersaudara.
- Anak perempuan diberi keutamaan kerana jurai ini melahirkan suku.[重女轻男]
- Nasab ibu diutamakan.
- Perkahwinan sesama suku dilarang kerana suku yang sama dianggap bersaudara.
- Anak perempuan diutamakan dalam pembahagian harta pusaka kerana anak perempuan menjadi asas wujudnya suku.
- Hukuman bertujuan memulih dan memberi kesedaran.

总之,Adat Temenggung是重男轻女,然后全部用Islam 的,然后王最大最不公平的
然后Adat Perpatih 就比较民主,公平一点

Undang-undang bertulis

1. Undang-undang bertulis merupakan himpunan peraturan, larangan, dan adat istiadat dalam bentuk bertulis.
2. Antara undang-undang yang terawal ialah:
a) Hukum Kanun Melaka
i. Terdiri daripada 44 fasal
ii. Digubal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
b) Undang-undang Laut Melaka
i. Digubal bagi menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan
ii. Digubal pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Undang-undang bertulis里面写的东西:

Hukum Kanun Melaka:
- Hak dan keistimewaan raja dan kaum kerabatnya
- Peranan dan tanggungjawab raja dan pembesar
- Unsur Islam yang berkaitan dengan jenayah, muamalah, keluarga, keterangan, dan acara.

Undang-undang Laut Melaka:
- Tugas nakhoda dan anak kapal
- Langkah keselamatan dalam kapal
- Penyewaan dan penumpangan kapal dagang
- Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman
- Peraturan perdagangan di kapal

Undang- Undang Pahang:
- (Digubal pada tahun 1596 semasa pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin Shah)
- Adat lembaga negeri, keistimewaan raja serta pembesar.
- Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina dan undang-undang awam.

Undang-undang Kedah
- Undang-undang pelabuhan seperti cukai, peraturan keselamatan pelabuhan, serta peraturan timbangan dan ukuran.

Undang-undang Perak
-( Berasal dari Parsi dan digunakan di Perak pada kurun ke-18.)
-( Memperkata tentang 99 kesalahan dan hukuman)
-Syarat memegang jawatan kerajaan.
-Peraturan adat istiadat menghadap dan melantik raja.
-Hukuman jenayah, undang-undang dan pertanian.
-Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian dan zina.
(懒惰翻译, 不是很重要)

Kegiatan Ekonomi di Negeri-Negeri Melayu
1. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah dijalankan secara kecil-kecilan atau sara diri.
Antaranya:
- Pertanian
- Perikanan
- Pembuatan kraf tangan
- Perlombongan

2. Kegiatan ekonomi tersebut memperlihatkan ciri-ciri berikut:
a) Dijalankan secara sara diri (自给自足)
b) Pengeluaran adalah untuk memenuhi keperluan harian dan selebihnya akan dijual
3. Perkembangan perdagangan telah mewujudkan konsep baru dalam masyarakat Melayu tradisional.
a) Sistem mata wang
b) Sistem cukai
c) Sistem timbang dan ukuran
d) Sistem pengangkutan

Pertanian
1. 他们以种田为生
2. 他们种padi huma, padi sawah, sayur-sayuran, buah-buahan dan ubi.
(多数种在河边, 因为土地肥沃, 而且有水源供应)
4. Kawasan delta sungai di Kedah dan Kelantan merupakan kawasan utama penanaman padi sawah.
5. Masyarakat Melayu tradisional menjalankan kegiatan pertanian secara tradisional.
a) 他们用传统工具如 tajak, cangkul, bajak, tenggala, penyisir, dan kuku kambing
b) 他们用水牛(kerbau)耕田
6. 为了增加收成,那些农夫建empangan来蓄水然后salur进稻田melalui terusan seperti Terusan Wan Mat Saman di Kedah.
7. 一些种田工具的用处:
Sabit- menuai padi
Kuku kambing- menanam anak padi
Pisau tuai - menuai padi

Perikanan
1.马来人用传统工具捉鱼, 如serkap, tangguk , bubu dan tanggul.
2.捉到的鱼自己吃, 剩下的卖掉,或者拿去做ikan kering, belacan, budu & keropok.

Kraf Tangan
1. 他们用天然资源来做手工艺品。
2. Daun-daun mengkuang, daun pandan dan nipah digunakan untuk membuat tikar, bakul dan tudung saji.

Perlombongan
1. Negeri-negeri Melayu有bijih timah dan emas.
2. Kawasan utama bijih timah ialah:
a)Perak- Lembah Kinta, Larut, Dinding, Beruas
b)Negeri Sembilan- Sungai Linggi & Sungai Ujong
c)Selangor- Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang
3. Masyarakat Melayu tradisional melombong dengan menggunakan kaedah
a) Melombong
b) Melampan
c) Lombong Siam
4. Emas dilombong di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sistem percukaian
1.Cukai 就是税.
2. Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah.
3. Jenis-jenis cukai:
a) Cukai labuh batu
i) cukai ini dipungut di tempat-tempat tertentu di sepanjang sungai.
ii) Kawasan sungai menjadi tempat yang penting kerana sungai menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan utama.
b) Cukai bebas kuala
i. Cukai ini dipungut di kuala sungai.
c) Cukai kepala
i)这个税是收来做bunga emas.
ii)Negeri yang mengenakan cukai ini ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu[就是那些有送bunga emas给Siam 的啦,前面有提]
d)Cukai tanaman
如果农作物收成好,就会跟他们收税

Sistem Serah dan Sistem Kerah
1. Sistem serah
为了感谢pembesar给他们地方来种东西,人民就把一些hasil送给。收成越多,送的越多。
2. Sistem kerah
人民免费帮统治者做事情,如建皇宫,建堡垒,建路等等
这证明了人民有
i. Taat setia
ii. Sedia berkorban
iii. Berganding bahu
的精神。

Perdagangan
1. Cara perdagangan= berjual beli(用钱) / tukar barang(物物交换).
a) Sultan atau pembesar menjadi pemodal, memonopoli kegiatan perdagangan.
b) Rakyat biasa berjaja di pasar atau di luar daerah.
c) Ekonomi berkembang之后,就开始有mata wang.
d) 以前的商人把 kulit siput geweng siput gerus 当钱用。
e) 过后就有emastimah 做成的钱币.
2.Pusat perdagangan terletak di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai.
3) Barang dagangan utama= rempah, garam, gambir, hasil tenunan, bijih timah, beras, dan lada hitam.
b) Hasil hutan yang menjadi bahan dagangan penting = kayu-kayan, rotan, damar, dan madu lebah.
c) Kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan dikenal sebagai meramu.
4. 各州用的钱币:
a) Melaka=wang logam kaleng (calains) (timah)
b) Terengganu = wang emas dan kupang yang berbentuk segi lapan, wang syiling keping atau pitis serta jokoh
c) Johor= mas dan kupang (emas)
d) Kelantan=wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis
e) Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak = jongkong tampang/timah
f) Selangor = tampang sebuaya (timah)
g) Kedah = mata wang berbentuk ayam jantan.

Timbangan, Sukatan dan Ukuran
1. Sukatan
-mengukur isipadu sesuatu benda.
-menggunakan alat-alat seperti kaul, cupak dan gantang untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam dan kacang.
2. Timbangan
-mengukur berat sesuatu barangan.
-menggunakan dacing dan pikul
-menimbang barangan seperti emas, perak, bijih timah, dan rempah.
3. Ukuran
-Di Kedah, unit relung digunakan untuk mengukur keluasan tanah.
-身体的部位(手/脚)用来量比较短的东西
-Jengkal dan Hasta digunakan untuk mengukur panjang dan pendek sesuatu benda.
-Ukuran jarak di antara kampung dengan kampung dibuat dengan berdasarkan masa berjalan atau berkayuh sampan seperti sepelaung, setanak nasi, sehari, sepekan, dan sepurnama.

4. Penggunaan sistem sukatan, timbangan dan ukuran memudahkan urusan jual beli.

Pengangkutan
1. Masyarakat Melayu tradisional menggunakan jalan air dan darat untuk tujuan perhubungan dan pengangkutan.
2. Jalan air (sungai dan laut) 重要,因为运东西更快更方便。
3. 马来人用的水上交通工具= jalur, kolek, perahu dan sampan.
4. Masyarakat Melayu tradisional juga menggunakan Denai Penarikan.
a) Jalan ini menghubungkan Melaka dengan Pahang.
b) Penggunaan jalan ini memerlukan penggunanya terpaksa menarik perahunya untuk sampai ke sungai.
c) Penggunaan denai ini menjimatkan masa perjalanan.
5. Masyarakat Melayu tradisional juga menggunakan gajah, kerbau atau lembu untuk mengangkut barang.

Sosiobudaya
Sosiobudaya merangkumi corak kehidupan yang menjadi amalan masyarakat.

Struktur Masyarakat Melayu tradisional
1. Struktur masyarakat merupakan pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan sosial dalam sesuatu hierarki kedudukan.
2. Kedudukan seseorang dalam hierarki ditentukan melalui dua cara:
a) Taraf sedia
Petukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.
b) Taraf percapaian
i. Kedudukan seseorang dalam susun lapis masyarakat berubah ke lapisan yang lebih tinggi.
ii. Perubahan dalam susun lapis disebabkan oleh kebolehan istimewa atau khidmat baktinya kepada pemerintah.

3. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah.
4. Pembahagian ini menjadi satu cara untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab setiap lapisan masyarakat mengikut fungsinya.


Golongan Pemerintah
1. Peranan raja/sultan dalam masyarakat Melayu tradisional:
a) Pemerintah tertinggi
b) Memelihara perpaduan, keamanan, dan kemakmuran negeri.

2. Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.
a) Mereka membantu raja dalam pentadbiran dengan mengerjakan tugas rasmi yang diberikan oleh raja.
b) Mereka juga dilantik menjadi pembesar di daerah atau raja di jajahan.

3. Golongan pembesar membantu raja menjalankan pentadbiran.
a) Pembesar boleh mengarahkan rakyat melakukan kerja awam demi kepentingan negara.
b) Jawatan pembesar disandang secara pewarisan dan mereka dilantik oleh raja atau sultan.
- Di Melaka, jawatan Laksamana disandang oleh keluarga Hang Tuah.

4. Golongan ulama juga merupakan golongan pemerintah.
a) Golongan ulama terdiri daripada ulama tempatan dan ulama luar negeri.
b) Mereka membantu kerajaan mendidik rakyat supaya berakhlak mulia.
c) Selain menjadi penasihat sultan, mereka juga bertugas sebagai guru agama, kadi atau imam.

5. Golongan pemerintah juga terdiri daripada pendeta.
a) Pendeta berkemahiran dalam ilmu pengetahuan.
b) Mereka mahir dalam bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan, kesenian dan adat istiadat Melayu.
c) Mereka juga menjadi pakar rujuk raja atau sultan dan rakyat.

Golongan Diperintah
Golongan diperintah terdiri daripada golongan merdehaka dan hamba.
1. Golongan merdeheka terdiri daripada rakyat biasa yang bermastautin tetap dan juga orang asing.
a) Rakyat biasa.
i. Rakyat biasa menjadi pedagang, peniaga, petani, tukang ukir, pembuat senjata, dan barang tembikar.
ii. Ada di kalangan mereka yang menjadi penghibur raja, pelakon sandiwara, pawang atau bomoh.
b) Orang asing
i. Orang asing turut membantu kerajaan dengan menjadi askar upahan, pedagang, atau bomoh.
ii. Mereka mematuhi undang-undang dan adat yang sedia ada di negeri Melayu meskipun mereka bebas melakukan sebarang kegiatan.

2. Golongan hamba 地位最卑贱。
Terdapat 3 jenis hamba dalam masyarakat Melayu tradisional, iaitu:
a) Hamba raja
b) Hamba berhutang
c) Hamba biasa.
Golongan hamba membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pertanian, perlombongan dan pertahanan.

Dalam masyarakat Melayu tradisional, hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah berasaskan sikap hormat-menghormati.

Gaya Hidup Golongan Bangsawan
1. Gaya hidup raja dan kerabat diraja diamalkan di istana manakala gaya hidup pembesar dan rakyat jelata diamalkan di luar istana.
2. Ciri-ciri gaya hidup golongan bangsawan
a) Golongan pembesar dan bangsawan mengamalkan gaya hidup yang unik dan tersendiri.
b) Gaya hidup mereka merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian.
3. Semasa upacara pertabalan Sultan Melaka,
a) Bendahara duduk berhampiran dengan singgahsana.
b) Laksamana dan Seri Bija Diraja membawa pedang kerajaan.
c) Alat-alat kebesaran kerajaan seperti keris panjang, cogan, tepak, ketur, tempat bara, dan kitab al-Quran dibawa bersama.

4. Kemangkatan raja juga mengikut tatacara tertentu
a) Apabila berlaku kemangkatan raja, jenazah al-marhum disempurnakan mengikut hukum agama Islam.
b) Menurut adat kemangkatan raja, bendera kuning akan diturunkan dan digantikan dengan bendera putih. [降黄旗,升白旗]
c) Tembakan meriam dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat tentang kemangkatan raja.[还放炮,好像庆祝酱]
d) Upacara pelantikan raja yang baru turut diadakan. [旧的一死,马上选新的]

5. Adat menjunjung duli
a) Adat menjunjung duli dilakukan oleh pembesar sebagai tanda hormat dan taat kepada raja.
b) Istiadat ini dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.

8. Pakaian diraja dibuat dengan menggunakan emas dan dihiasi dengan permata.
9. Alat perhiasan yang dipakai terdiri daripada:
- Pending 胸饰
- Dokoh
- Bengkung腰带
- Keris
10. Gaya hidup golongan bangsawan melambangkan status kedudukan yang tinggi.
11. Gaya hidup mereka juga membezakan mereka daripada rakyat biasa.

Gaya Hidup Golongan Rakyat
1. Antara nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat Melayu ialah gotong-royong.
a) Gotong-royong diamalkan semasa mengadakan majlis perkahwinan, bersawah, dan membina jalan.
b) Di utara Semenanjung Malaysia, amalan ini dinamakan berderau atau berseraya.
3. Menghormati jiran juga menjadi amalan utama dalam masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, jiran dianggap sebagai keluarga terdekat.
4.Budaya budaya menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua ditunjukkan melalui pelbagai cara.
i. Menggunakan panggilan pak long, mak long, pak cik, mak cik.
ii.Membongkokkan badan apabila berlalu di hadapan orang tua.
iii. Mencium tangan orang tua.
5.Masyarakat Melayu juga mengamalkan budaya ziarah-menziarahi.

a) Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah.
b) Tetamu membasuh kaki dan bersalaman dengan tuan rumha.
c) Tuan rumah akan mempersilakan tetamu masuk.
d) Tikar dihamparkan untuk tetamu duduk.
e) Tepak sirih disorongkan dan tetamu dihidangkan dengan makanan dan minuman.
f) Sebelum makan, mereka akan membasuh tangan dan membaca doa.
g) Mereka menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan.
h) Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana perbuatan itu dianggap tidak sopan.


6. Amalan tolong-menolong dan toleransi dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.
7. Gaya hidup golongan rakyat mencerminkan kehidupkan mereka yang bersatu padu, harmonis, dan bersemangat masyarakat.

Kegiatan Sosiobudaya
Kegiatan Masa Lapang
a) Masa lapang golongan pemerintah ialah waktu mereka tidak menjalankan urusan pentadbiran negara.
b) Masa lapang golongan rakyat pula ialah semasa menunggu hasil atau selepas menuai hasil.
c) Masa lapang juga merujuk kepada waktu petang atau malam.
2. Golongan bangsawan dan rakyat menggunakan masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Antaranya ialah:
a) Bermain sepak raga
b) Bermain catur
c) Bermain senjata
d) Bersilat
e) Menunggang kuda
3. Di istana, golongan penghibur seperti tukang cerita, penyair, penyanyi dan ahli muzik menghiburkan sultan dan pembesar.
4. Antara persembahannya ialah:
a) Tarian Asyik
i. Tarian ini ditarikan di istana Kelantan.
ii. Asyik membawa maksud kekasih.
iii. Oleh itu, Asyik ditarikan secara lemah-lembut dan tertib.
iv. Tarian ini dipersembahkan dalam majlis perkahwinan dan hari perayaan yang lain.
v. Antara alat muzik yang digunakan ialah rabab, gambang dan gedombak.
b) Tarian Mak Yong

5. Golongan rakyat jelata mengisi masa lapang dengan bermain:
a) Layang-layang.
b) Gasing
c) Congkak
d) Bersilat

6. Ada di kalangan mereka yang pandai bercerita, berpantun dan bersyair.
7. Aktiviti masa lapang penting kerana:
a) Memupuk persefahaman
b) Menggalakkan semangat saling bantu-membantu.
c) Dapat menajamkan fikiran dan ingatan.

Karya Persuratan
1. Dalam masyarakat Melayu tradisional, pengarang menyampaikan buah fikiran melalui karya persuratan yang dihasilkan dalam tulisan jawi.
2. Karya persuratan masyarakat Melayu tradisional dihasilkan dalam pelbagai bidang.
3. Antaranya termasuklah bidang agama seperti fikah, usuluddin, hadis, tafsir, dan tasawuf.
4. Terdapat juga karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah, bahasa, dan perubatan.
5. Selain sastera bertulis, terdapat juga sastera lisan yang juga dikenal sebagai sastera rakyat. Antaranya adalah seperti berikut:

Cerita penglipur lara:
- Hikayat Raja Muda
- Hikayat Malim Deman
- Hikayat Anggun Cik Tunggal

Cerita Jenaka:
- Lebai Malang
- Pak Kaduk
- Si Luncai

Cerita Binatang:
- Sang Kancil dan Harimau
- Pelanduk dan Buaya
- Kura-kura dan Arnab

Cerita Dongeng
- Puteri Sa'dong
- Tasik Dayang Bunting
- Cik Siti Wan Kembang

Kesenian Rakyat
1. Kesenian Rakyat adalah hasil ciptaan rakyat yang antaranya termasuklah:
a) Seni muzik
b) Seni tari
c) Seni suara
d) Seni ukir
e) Seni bina
f) Seni tekat
g) Seni tenun
h) Seni mempertahankan diri

2. Kegiatan seni penting kerana:
a) Dapat mempamerkan bakat mereka yang berkenaan
b) Dapat menunjukkan nilai mutu kesenian masyarakat yang tinggi.
c) Kegiatan seni secara berkumpulan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

3. Seni kreatif dan hubungan yang rapat dengan alam sekitar dapat dilihat dalam reka bentuk rumah Melayu.
a) Rumah orang Melayu memperlihatkan ciri-ciri berikut:
i. Berbumbung panjang
ii. Bertebar layar
iii. Tidak berpaku
b) Rotan dan akar kayu digunakan untuk mengikat persendian
c) Bahagian dalaman rumah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang bermotifkan alam semula jadi.
d) Reka bentuk rumah Melayu dipengaruhi oleh unsur dari luar alam Melayu.
i. Rumah di Negeri Sembilan memperlihatkan corak seni bina rumah Minangkabau.
ii.Rumah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipengaruhi oleh seni bina Siam dan Majapahit.
iii.Rumah orang Melayu di Johor dipengaruhi oleh reka bentuk Belanda.

4. Masyarakat Melayu pandai mengukir tembaga, memahat dan mengukir pintu serta membuat mimbar masjid.
a) Ukiran yang dihasilkan bercorak ukiran timbul, terbenam , dan tembus.
b) Tema utama ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.

5. Seni tekat adalah sejenis seni kraf tangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu.
a) Kain baldu dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga dan pohon-pohon.
b) Antara seni tekat ialah kipas, bantal, dan balutan tepak sirih.

6. Seni tenun juga merupakan seni kraf tangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu.
a) Seni tenun terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
b) Terdapat tiga jenis tenunan, iaitu tenunan biasa, benang ikat celip, dan songket.
c) Corak tenunan yang dihasilkan adalah berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga, dan bentuk geometri.

7. Seni mempertahankan diri adalah hasil kesenian rakyat yang penting.
a) Kesenian ini turut merangkumi bermain senjata.
b) Kesenian ini dapat mendisiplinkan diri serta membentuk daya ketahanan diri seseorang individu untuk menghadapi musuh.

Adat Resam
1. Adat resam adalah amalan yang ditetapkan oleh masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun.
2. Antara adat resam masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga hari ini ialah:
a) Adat perkahwinan-
马来人结婚前,
i. Merisik
-问那个女子结婚了没
ii. Meminang
- 男方带戒指去求婚
- akad nikah 和婚礼的日期会在那天定下
iii.Akad nikah
-在新娘家举办
-dijalankan oleh jurunikah.

b) Adat menyambut kelahiran bayi
i. 婴儿出生一个星期后要剃胎毛
ii.Kenduri dan upacara mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t.
iii.Di sesetengah tempat, bacaan berzanji dan marhaban diadakan.
iv.Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

c) Adat berkhatan (割包皮)
i. Seseorang kanak-kanak Melayu lelaki yang sudah baligh atau cukup umur akan dikhatankan.
ii. Lazimnya upacara berkhatan dilakukan secara beramai-ramai.
iii.割之前,那个小男孩要先洗澡。
iv.还要先游行
v.然后Tuk Mudin就帮他割.

Pendidikan
1. Pendidikan dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.
2. Ciri-ciri pendidikan tidak formal
a) Pendidikan ini berbentuk tidak formal kerana dipelajari secara tidak langsung.
b) Pendidikan disampaikan melalui cerita lisan, peribahasa, pantun, dan teka teki.
c) Kanak-kanak mempelajari tentang pantang larang, adat istiadat, dan adab sopan daripada ibu bapa atau orang dewasa yang berpengalaman.
d) Pendidikan ini berkesan khususnya di kalangan kanak-kanak.
e) Kemahiran pertukangan dan ilmu perubatan tradisional juga diajar secara tidak formal
f) Kemahiran ini diajar dan diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak itu sendiri.
g) Kemahiran lazimnya diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain seperti seni mempertahankan diri.
h) Pendidikan tidak formal disampaikan agar seseorang itu dapat berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.

3. Ciri-ciri pendidikan formal.
a) Sistem pendidikan formal berkembang selepas kedatangan agama Islam.
b) Masyarakat mempelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam, dan rukun Iman.
c) Pendidikan Islam diajar di istana, masjid, pondok, madrasah, surau atau di rumah guru agama.
d) Pendidikan formal membolehkan seseorang melanjutkan pelajaran ke Makkah.
4. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.

1 comment: